Kemuka dokumen palsu, SPRM tahan ahli lembaga pengarah syarikat

Kemuka dokumen palsu, SPRM tahan ahli lembaga pengarah syarikat

Lelaki itu disyaki mengemukakan dokumen palsu untuk mendapatkan pembiayaan bank berjumlah RM500,000.

macc
Ahli lembaga pengarah sebuah syarikat berkaitan pertanian itu ditahan SPRM ketika memberi keterangan pada petang semalam.
KUALA LUMPUR:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menahan seorang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat berkaitan pertanian, yang disyaki mengemukakan dokumen palsu untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan berjumlah kira-kira RM500,000.

Menurut sumber individu bergelar ‘Datuk’ berusia lingkungan 40-an, ditahan kira-kira 4.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

“Suspek dipercayai melakukan kesalahan tersebut sekitar awal 2020 bagi mendapatkan kemudahan pembiayaan berjumlah kira-kira RM500,000 daripada sebuah bank pertanian, bagi tujuan membiayai kos tetap dan operasi penanaman ubi kayu dan pisang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, individu itu dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas diambil keterangan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.