
Azam berkata SPRM ketika ini masih meneliti dokumen yang dikemukakan oleh tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat laporan rasmi semalam.
“Kami belum pun membuka kertas siasatan. Jadi mengapa Rafizi mengatakan dia akan diserbu?” katanya mengulas dakwaan Ahli Parlimen Pandan itu pada sidang media hari ini.
Rafizi membuat dakwaan itu berdasaran sumber dalaman SPRM yang enggan dinamakan.
Beliau berkata dirina tidak gentar dengan apa yang disifatkannya sebagai ‘taktik ugutan dan mereka-reka kes’.
Kenyataan itu dibuat susulan laporan oleh tiga NGO yang mendakwa berlaku salah guna berkaitan kontrak kerajaan bernilai hampir RM1.1 bilion yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat asing.
Kontrak tersebut yang dimeterai pada Mac tahun lalu antara kerajaan Malaysia dan syarikat reka bentuk semikonduktor serta perisian berpangkalan di United Kingdom, Arm Holdings plc.
Kerajaan akan membayar kira-kira USD250 juta (RM1.1 bilion) dalam tempoh 10 tahun bagi lesen harta intelek dan subsistem komputer.
Perjanjian itu turut merangkumi pembangunan cip kecerdasan buatan (AI) ‘Buatan Malaysia dengan memanfaatkan teknologi Arm.
Rafizi menjadi menteri ekonomi ketika perjanjian itu dimeterai, namun beliau meletakkan jawatan daripada Kabinet dua bulan kemudian selepas tewas dalam pemilihan timbalan presiden PKR.