Dakwa ‘sogokan’ di Nenggiri, PN akan hantar petisyen bantah kemenangan BN

Dakwa ‘sogokan’ di Nenggiri, PN akan hantar petisyen bantah kemenangan BN

Ketua Bersatu Kelantan Kamarudin Mohd Noor mengesahkan pihaknya sedang kumpul 'bukti' apa didakwa sebagai sogokan dan ugutan ke atas pengundi.

Datuk Kamaruddin Md Noor
Ketua Bersatu Kelantan Kamarudin Mohd Noor berkata PN sedang kumpul bukti sebelum failkan petisyen pilihan raya bantah keputusan memihak BN di Nenggiri. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Perikatan Nasional (PN) sedang mengumpul bukti untuk memfailkan petisyen DUN Nenggiri dimenangi calon Barisan Nasional (BN) Azmawi Fikri Abdul Ghani, 17 Ogos lalu.

Ketua Bersatu Kelantan, Kamarudin Mohd Noor, berkata segala maklumat dikumpul termasuk dakwaan wujud sogokan dan ugutan kepada pengundi sepanjang kempen PRK berlangsung.

“Ya (akan fail petisyen) dan kini kami sedang kumpul semua bukti,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Pengarah Operasi PN PRK Nenggiri Annuar Musa membangkitkan dakwaan berlaku sokongan kepada pengundi dan salah guna aset kerajaan pusat sepanjang kempen.

Dakwaan itu termasuk pengundi diberi wang dan peneroka diberi sijil perakuan milik lot rumah semasa berkempen.

PRK Nenggiri Sabtu lalu dimenangi Azmawi dengan majoriti 3,352 undi menewaskan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail mewakili PN.

Sementara itu, Annuar memaklumkan pimpinan PN akan mengadakan perbincangan Sabtu ini berhubung petisyen.

“(Petisyen) akan dibincang Sabtu ini. PN memandang serius rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang terang-terangan berlaku,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.