
Menurutnya, Jagdeep memaklumkan permohonan lanjutan cuti itu kepadanya Jumaat lalu bagi meneruskan rawatan.
“Beliau memaklumkan dirinya kini dalam keadaan baik dan atas nasihat doktor, beliau memohon cutinya dilanjutkan sehingga 9 Ogos.
“Maka, saya telah bersetuju cutinya dilanjutkan sehingga 9 Ogos bagi membolehkan Jagdeep meneruskan rawatan diperlukan,” katanya dalam kenyataan.
Sebelum ini, Jagdeep dilapor mengesahkan dirinya sedang bercuti sejak 22 Julai hingga hari ini bagi menjalani rawatan buku lali.
Ia sekali gus menafikan dakwaan beliau diarahkan bercuti daripada menjalankan tugas pentadbiran negeri.
Adun Datuk Keramat berusia 53 tahun itu dilantik timbalan ketua menteri II Pulau Pinang Ogos tahun lepas.