
Menurut Daily Express, Majistret Yong Ching Hong menjatuhkan hukuman itu selepas Almahzar Madin, 30, mengaku salah kerana gagal mematuhi perintah untuk meneruskan rawatan TB di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Almahzar didakwa mengikut Seksyen 12(1) akta berkenaan kerana mendedahkan umum kepada risiko jangkitan melalui kehadiran atau kelakuannya di mana-mana tempat awam.
Dia juga didakwa mengikut Seksyen 22(b) akta berkenaan kerana gagal mematuhi perintah sah yang dikeluarkan oleh pegawai diberi kuasa.
Yong turut memerintahkan tertuduh melengkapkan rawatan TB mengikut keperluan dan waktu yang ditetapkan.