
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.
Peguam Rafique Rashid berkata, anak guamnya direman bagi membantu tiga siasatan bawah Seksyen 203(a) Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memberi maklumat palsu menggunakan rangkaian telekomunikasi.
“Pegawai penyiasat memohon reman selama empat hari, namun setelah mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah mengklasifikasi Badrul Hisham sebagai pemberi maklumat yang harus diberi perlindungan dari segi undang-undang dan tidak boleh dikenakan tindakan jenayah atau sivil.
“Oleh itu, mahkamah membenarkan reman selama dua hari. Jika tiada sebarang masalah, Chegubard akan keluar esok,” katanya menurut Harian Metro.
Sebelum ini, media melaporkan Badrul Hisham ditahan di IPD Putrajaya pada 3 petang semalam.