
Menurut sumber, pembekuan itu susulan siasatan penyelewengan dana derma awam.
Katanya, akaun dibekukan itu adalah milik individu dan syarikat dipercayai ada kaitan dengan dana diterima daripada orang ramai menggunakan satu platform kutipan derma dalam talian.
“Sejak siasatan dijalankan, SPRM menerusi Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) menyita dan membekukan hampir 20 akaun milik individu serta syarikat bagi membantu siasatan dijalankan.
“Kemungkinan ada beberapa lagi akaun perbankan yang akan turut disita serta dibekukan SPRM,” katanya.
Sementara itu, Pengarah AML SPRM, Mohamad Zamri Zainul Abidin, ketika dihubungi mengesahkan pembekuan beberapa akaun milik individu serta syarikat susulan siasatan terhadap pasangan pempengaruh terbabit.
Katanya, sitaan dan pembekuan akaun terbabit dibuat mengikut Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).