Bantu 100,000 PKS lancar urusan sumber manusia

Bantu 100,000 PKS lancar urusan sumber manusia

Kira-kira 30,000 lagi syarikat PKS akan dibantu menjelang hujung tahun ini menerusi sistem MySyarikat.

byond
Byond Group membangunkan sistem MySyarikat yang membantu lebih 100,000 PKS melancarkan operasinya sejak 2015.
PETALING JAYA:
Pengurusan operasi lebih 100,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berjalan lancar menerusi sistem MySyarikat sejak dibangunkan pada 2015 oleh sebuah syarikat tempatan sekali gus membantu mengembangkan potensinya.

Pengerusi Byond Group Abdul Basit Abdur Rahim berkata banyak PKS terutama syarikat Bumiputera mempunyai potensi besar untuk berkembang namun sukar bertahan kerana kurang kemahiran dalam tadbir urus perniagaan.

Menurutnya, menerusi sistem dibangunkan anak syarikatnya Byond Success Sdn Bhd, pengurusan sumber manusia seperti data pangkalan pekerja, dokumentasi, pembayaran gaji dan permohonan cuti dapat diselaraskan dengan mudah dan cekap.

“Tanpa sistem pengurusan yang baik, dikhuatiri ekonomi PKS berdepan kejatuhan kerana sektor ini menyumbang kira-kira 38.4% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) (2022).

“Sehingga akhir tahun ini, kami sasar untuk bantu 30,000 lagi syarikat PKS untuk guna sistem MySyarikat dengan khidmat rundingan dan latihan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, antara syarikat yang menggunakan sistem terbabit adalah perusahaan dalam sektor perkhidmatan, kesihatan serta makanan dan minuman (F&B).

Dalam pada itu, Basit berkata Byond Group turut menyasarkan untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia menjelang 2027, sekali gus meningkatkan kadar pemilikan ekuiti Bumiputera dalam pasaran saham tempatan.

“Kami optimis dapat mencapai sasaran tiga tahun ke hadapan dan mampu mencapai nilai syarikat sebanyak RM300 juta,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.