
“Setakat ini, belum ada tangkapan dilakukan dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan,” kata Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Jaafar menurut Harian Metro.
Terdahulu, Shahrulnizam dilaporkan berkata, empat suspek menutup muka dan menggunakan senjata disyaki objek berbentuk pistol serta kapak menyamun mangsa di sebuah parkir kenderaan premis perniagaan pada 7.40 malam Sabtu lalu.
Katanya, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mereka menunggu dalam kereta sehingga mangsa tiba.
Beliau berkata, suspek melarikan diri dengan kereta yang belum dapat dipastikan jenisnya, selepas menyamun beg galas mangsa berisi barang kemas RM1.2 juta.