Pasangan warga emas maut kereta bertembung bas ekspres

Pasangan warga emas maut kereta bertembung bas ekspres

Polis berkata pasangan suami isteri berkenaan yang menaiki kereta Perodua Kancil maut di tempat kejadian.

kemalangan machang
Ketua Polis Machang Ahmad Shafiki Hussin berkata kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Kancil yang dinaiki pasangan itu terbabas sebelum bertembung bas ekspres. (Gambar IPK Kelnatan)
MACHANG:
Sepasang suami isteri warga emas maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di KM 3.7 Jalan Machang-Tanah Merah.

Ketua Polis Machang Ahmad Shafiki Hussin berkata dalam kejadian sekitar 12.30 tengah hari itu, pemandu kereta jenis Perodua Kancil, Abdul Razab Awang Kechik, 88, dan isterinya, Zaiton Ismail, 70, yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan, meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan dinaiki mangsa dari arah Tanah Merah ke Machang hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung bas ekspres yang membawa 29 penumpang,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, pemandu bas dan semua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.