
Sng, yang juga Ahli Parlimen Julau dilantik presiden pada 2022 ketika parti itu baru dibentuk, akan kekal memegang jawatan tersebut hingga 2027. Beliau menjadi wakil rakyat tunggal mewakili PBM di Dewan Rakyat.
Dalam kenyataan, PBM berkata jawatan timbalan presiden dan naib-naib presiden juga dimenangi tanpa bertanding.
Steven Choong dan Wong Judat dinamakan sebagai timbalan presiden selepas pengstrukturan dalaman pada Februari lalu, dengan Paul Yong mengambil alih jawatan naib presiden kanan dan Chua Lian Chye dilantik naib presiden.
Parti itu juga berkata, Persidangan Agung Perwakilan akan diadakan di Wisma MCA Kuala Lumpur pada 21 Julai.
Pada 2022, berlaku pertelingkahan dalam PBM antara Sng dengan 11 anggota Majlis Tertinggi yang digantung.
Ia melibatkan bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi, Zuraida Kamaruddin, Adun Lembah Jaya Haniza Talha dan Adun Sementa Daroyah Alwi.
Mereka digantung kerana didakwa tidak berdisiplin.
Sng kemudian memecat Zuraida dan 10 lagi selepas mereka gagal menjawab secara bertulis surat tunjuk sebab dikeluarkan parti.