
Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail, berkata persiapan itu merangkumi kajian lapangan, penilaian strategi serta pendekatan kerjasama bagi memastikan keputusan dibuat tepat dan berkesan.
“Kami (di peringkat sekretariat) telah adakan (perbincangan) pusingan awal dan kita telah meminta supaya Jawatankuasa Pilihan Raya di bawah PH membuat satu persiapan lapangan untuk menilai serba serbi termasuk melihat dari sudut strategi memasuki pilihan raya ini.
“Adakah mengikut kerjasama menerusi model kerajaan perpaduan sekarang, di mana BN dan PH bergabung di bawah satu kerajaan, kemudian apakah pendekatan ini akan diguna pakai dalam kedua-dua PRN itu,” katanya menurut Berita Harian, di Alor Setar.
Sebelum ini, media melaporkan BN masih belum membuat sebarang keputusan mengenai kerjasama politik dengan mana-mana parti bagi menghadapi PRN Melaka dan Johor akan datang.
Timbalan Pengerusi Mohamad Hasan, berkata terlalu awal untuk bercakap soal pembahagian kerusi antara parti kerana perkara itu belum diputuskan.
Katanya, semua keputusan mengenai kerjasama politik akan diambil selepas kajian dan rundingan dilakukan dengan teliti bagi memastikan pendekatan diambil memberi kesan positif kepada parti dan penyokong.