Pemain badminton China meninggal dunia selepas rebah di gelanggang

Pemain badminton China meninggal dunia selepas rebah di gelanggang

Zhang Zhi Jie tiba-tiba rebah ketika menunggu pukulan servis daripada pemain lawan dari Jepun.

Pemain China, Zhang Zhi Jie, meninggal dunia semalam selepas rebah dalam gelanggang ketika perlawawan menentang Jepun pada BAJC di Yogyakarta, Indonesia. (Gambar AP)
PETALING JAYA:
Pemain dari China, Zhang Zhi Jie, meninggal dunia ketika beraksi dalam Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) di Yogyakarta, Indonesia, semalam.

Pemain muda itu tiba-tiba rebah di gelanggang ketika menunggu pukulan servis daripada pemain lawan dari Jepun dalam saingan peringkat kumpulan.

Berita kematian Zhi Jie dikongsi menerusi kenyataan bersama Badminton Asia dan Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI), lapor Sinar Harian.

“Pemain China, Zhi Jie rebah di atas gelanggang ketika beraksi. Doktor kejohanan dan pasukan perubatan kemudian bergegas memberi bantuan awal.

“Dia kemudian dikejarkan ke hospital, namun meninggal dunia pada 23.20 waktu tempatan semalam (Ahad),” menurut kenyataan tersebut.

Pertandingan kategori berpasukan bermula sejak 28 Jun hingga 2 Julai, sebelum pertandingan kategori individu berlangsung.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.