Kebakaran di SkyAvenue Genting Highlands

Kebakaran di SkyAvenue Genting Highlands

Kejadian kebakaran itu berlaku kira-kira 4.30 petang tadi.

Gambar tular kejadian kebakaran di SkyAvenue, Genting Highlands petang tadi.
PETALING JAYA:
Satu kebakaran dilaporkan berlaku di pusat membeli belah di SkyAvenue, Genting Highlands, kira-kira 4.30 petang tadi.

Resorts World Genting dalam satu kenyataan memaklumkan tiada premis miliknya yang lain di pusat peranginan tanah tinggi itu terjejas dengan kejadian terbabit.

Menurutnya, orang ramai yang berada di lokasi kejadian berjaya dipindahkan dengan selamat dengan unit kebakarannya telah bertindak pantas mengawal kebakaran.

“Kami akan terus memantau situasi dan memberi maklumat lanjut,” katanya.

Terdahulu, pengguna media sosial memuat naik gambar kejadian kebakaran di kawasan tumpuan pelancongan terbabit.

Sementara itu, Berita Harian memetik jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Genting Highlands melaporkan kejadian dipercayai membabitkan sebuah bangunan empat tingkat di taman peranginan berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.