3 budak lemas dalam kolam kumbahan

3 budak lemas dalam kolam kumbahan

Maklumat punca kejadian dan identiti termasuk umur mangsa masih belum diperoleh.

lemas kolam
Bomba berkata ketiga-tiga mangsa dibawa naik ke tebing kolam oleh orang awam. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Tiga kanak-kanak ditemukan lemas dalam kolam kumbahan berhampiran pangsapuri Sibu Jaya, Sarawak.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 4.03 petang tadi.

Katanya, setibanya di lokasi didapati tiga mangsa kanak-kanak iaitu dua perempuan dan seorang lelaki terjatuh ke dalam kolam.

“Namun, ketika bomba tiba ketiga-tiganya sudah dibawa naik ke tebing kolam oleh orang awam,” katanya menurut Harian Metro.

Ketiga-tiga mangsa tidak sedarkan diri dan sehingga 5 petang, bomba masih menunggu pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membuat pengesahan.

Maklumat punca kejadian dan identiti termasuk umur semua mangsa masih belum diperoleh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.