Operasi padam kebakaran hutan Kuala Langat masuk hari kedua

Operasi padam kebakaran hutan Kuala Langat masuk hari kedua

7.69 hektar kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan didapati masih terbakar daripada keseluruhan 22.66 hektar yang terjejas.

hutan simpan kuala langat
Kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat Selatan masih aktif namun tidak menjejaskan penempatan berhampiran dan LRA berdekatan, kata bomba.  (Gambar JBPM)
SHAH ALAM:
Operasi pemadaman kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat Selatan, Banting masih diteruskan, dengan 7.69 hektar didapati masih terbakar daripada keseluruhan 22.66 hektar yang terjejas.

Ketua Zon 5 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Issmanto Pono, berkata operasi yang memasuki hari kedua setakat ini berjaya memadamkan 14.97 hektar dengan kekuatan 41 pegawai dan anggota daripada agensi berkaitan.

“Kebakaran masih aktif namun tidak menjejaskan penempatan berhampiran dan Loji Rawatan Air (LRA) berdekatan.

“Bomba bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membuat pemadaman di sekitar jalan utama manakala Jabatan Perhutanan membuat pemadaman bahagian dalam daripada sumber telaga tiub,” menurut kenyataan.

Semalam, media melaporkan kawasan hutan seluas kira-kira empat hektar berhampiran LRA Sungai Kelambu, Banting terbakar dalam kejadian sekitar tengah hari.

Pegawai Operasi JBPM Selangor Hamdan Hamzah berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.43 tengah hari.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.