3 maut dalam 2 kemalangan berasingan di Perak

3 maut dalam 2 kemalangan berasingan di Perak

Kemalangan itu berlaku di Batu Gajah dan Lenggong semalam dan awal pagi tadi.

garisan polis police line
Seorang warga emas antara tiga wanita yang dilaporkan maut dalam dua kemalangan berasingan di Perak.
IPOH:
Tiga wanita termasuk seorang warga emas maut dalam dua kemalangan berasingan di Batu Gajah dan Lenggong malam tadi serta awal pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata dua wanita berusia 34 dan 65 tahun terbabit kemalangan di Jalan Tanjung Tualang dekat Batu Gajah.

“Bomba menerima panggilan pada 9.45 malam kemalangan yang membabitkan Perodua Myvi dan Toyota Hilux.

“Dua mangsa tersepit di bahagian pemandu dan penumpang hadapan Perodua Myvi disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata bomba juga menerima maklumat kemalangan kedua melibatkan Perodua Bezza yang terbabas di Jalan Baling-Kuala Kangsar dekat Lenggong pada 3.56 pagi tadi.

Beliau berkata kemalangan melibatkan lima individu termasuk tiga wanita dan seorang kanak-kanak perempuan.

“Seorang mangsa wanita yang tersepit dalam kenderaan itu disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan di lokasi kejadian,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.