
Ketua Polis Kuala Krai Mazlan Mamat, berkata mayat mangsa dijumpai dalam keadaan tidak berpakaian didapati sudah meninggal dunia lebih kurang lima hari lalu.
“Terdapat kesan gigitan di bahagian tangan kiri dan kanan mangsa dipercayai kesan gigitan binatang buas dan siasatan lanjut juga mendapati mangsa merupakan orang hilang yang dilaporkan kepada pihaknya pada Rabu lepas.
“Menurut waris, mangsa mempunyai masalah kesihatan iaitu kencing manis, jantung, dan penyakit alzheimer yang menyebabkan beliau sering kali lupa tentang perkara yang dilakukan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat dan pakar perubatan forensik mengesahkan punca kematian tidak dapat dikenalpasti memandangkan keadaan mayat yang telah reput.
Kes diklasifikasikan mati mengejut dan tiada unsur jenayah dilakukan terhadap mangsa.