SPRM tahan penguat kuasa terima rasuah benarkan restoran letak meja di parkir

SPRM tahan penguat kuasa terima rasuah benarkan restoran letak meja di parkir

Pegawai PBT di Selangor berusia 40-an itu didakwa menerima rasuah RM12,00 sebagai balasan.

handcuff
Pegawai penguat kuasa itu ditahan SPRM mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor semalam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM12,000.

Sumber SPRM berkata wang sogokan itu sebagai balasan tidak mengambil tindakan kepada seorang pemilik restoran yang meletakkan meja dan kerusi tambahan di kawasan parkir kereta berdekatan restoran berkenaan.

Menurutnya, suspek lelaki berusia 40-an itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak November tahun lalu sehingga kini, malah meminta dan menerima bayaran tunai secara bulanan sebanyak RM2,000.

“Siasatan juga mendapati suspek dipercayai sering menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp pada setiap bulan kepada pemilik restoran tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya, Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Beliau bagaimanapun berkata suspek telah dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas memberi keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.