
Kejadian turut menyebabkan laluan berbumbung mengalami kerosakan.
Bomba telah digerakkan ke lokasi kejadian.
Menurut Astro Radio Traffic, pokok tumbang berkenaan juga menghalang keseluruhan jalan berdepan Wisma Concorde. Dijangka akan berlaku kesesakan teruk di laluan tersebut.
Dalam pada itu, Rapid KL berkata tiada perkhidmatan monorel antara Stesen KL Sentral dan Stesen Medan Tuanku, dan pihaknya mengaktifkan perkhidmatan tren antara Titiwangsa dan Medan Tuanku (Platform 1) serta bas perantara pergi dan balik dari KL Sentral ke Medan Tuanku.
“Pihak Rapid KL sedang bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyelesaikan gangguan tersebut secepat mungkin. Buat masa ini anggota polis dan bomba sedang mengawal keadaan lalu lintas di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, sebarang kemas kini akan dimaklumkan secara berkala menerusi saluran media sosial dan aplikasi PULSE.
“Kami memohon maaf di atas gangguan luar jangka ini dan berterima kasih di atas kesabaran penumpang.”