
PETALING JAYA: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dihempap pokok tumbang di Hulu Selangor petang tadi.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian berlaku di Jalan Batang Kali itu pada 2.14 petang.
Tambahnya, sepasukan lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi sejauh 20km pada 2.35 petang.
“… Didapati sebatang pokok telah tumbang menghempap sebuah Toyota Hilux, melibatkan seorang mangsa lelaki yang dipercayai telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan.
Mukhlis berkata, kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dijalankan.