
Setiausaha Agung Asyraf Wajdi Dusuki berkata Umno Tangga Batu membuat aduan rasmi dan kemuka beberapa ‘bukti’ berhubung perkara itu, baru-baru ini.
“Kita akan bincang pada mesyuarat MKT minggu depan dan jika terbukti dia sudah menjadi ahli Bersatu, maka keahliannya akan tergugur,” katanya lapor Berita Harian.
Perlembagaan Umno menetapkan keahlian ahli yang menjadi ahli berdaftar parti politik lain gugur, selepas disahkan oleh MKT, menurut Asyraf.
Khabar angin tentang Ali dilaporkan sejak 20 April lepas, dengan penafian oleh bekas ketua Umno bahagian itu kepada Utusan Malaysia.
Beberapa hari kemudian akhbar sama melaporkan dakwaan oleh Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Abdul Rahim Thamby Chik, pada 25 Apr lepas.
Ali tewas pada pemilihan Umno Mac tahun lalu bagi jawatan ketua bahagian Tangga Batu.
Pada PRN Melaka 2021, Ali tewas di DUN Sungai Udang yang dimenangi Bersatu.