
Pengerusi Zahid Hamidi menyifatkan Asyraf sebagai seseorang yang berpotensi besar membawa perubahan ke kerusi di Perak itu, meskipun terdapat beberapa tokoh tempatan yang layak diketengahkan.
“Sekiranya Asyraf Wajdi memenangi kerusi Parlimen dan dilantik sebagai menteri, beliau akan memastikan peluang pekerjaan di kementerian diberikan kepada penduduk Gerik,” katanya, lapor Berita Harian, di proram pemukiman Umno Gerik di Janda Baik, Pahang.
Pada PRU15, Asyraf dalam usaha mempertahankan kerusi tersebut tewas dalam pertandingan tiga penjuru. Beliau menggantikan Hasbullah Osman yang meninggal dunia pada November 2020.
Calon Perikatan Nasional, Fathul Huzir Ayob, meraih 15,105 undi untuk menewaskan Asyraf (13,728) dan calon Pakatan Harapan (5,779), dengan kelebihan nipis 1,377 undi.
Mengulas perkembangan ini, Asyraf dilapor berkata beliau sentiasa turun ke Gerik sejak tiga tahun lalu.