MKT Umno boleh pertimbang rayuan mana-mana ahli kena tindakan

MKT Umno boleh pertimbang rayuan mana-mana ahli kena tindakan

Majlis kerja tertinggi Umno boleh pertimbang rayuan ahli dikenakan tindakan selaras perlembagaan parti.

DATUK DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki umum MKT parti itu boleh pertimbang rayuan ahli dikenakan tindakan.
PETALING JAYA:
Majlis kerja tertinggi Umno boleh mempertimbangkan sebarang rayuan dikemukakan oleh mana-mana ahli yang dikenakan tindakan disiplin, selaras perlembagaan parti itu.

Perkara itu dijelaskan Setiausaha Agung Asyraf Wajdi Dusuki selepas mesyuarat MKT Umno malam tadi.

Pada 21 Jun lalu, mesyuarat agung Umno Sembrong kemuka usul supaya pucuk kepimpinan Umno pertimbang terima semula bekas ketua bahagian, Hishamuddin Hussein, yang digantung keahlian selama enam tahun pada Januari 2023.

Pada 29 Jun lalu, Presiden Zahid Hamidi mengumumkan bahawa pihaknya belum terima sebarang rayuan atau permohonan rasmi daripada mana-mana menyertai semula Umno, dan Ketua Umno Johor, Onn Hafiz Ghazi, sudah membawa usul berkaitan ke biro politik untuk dibincangkan.

Zahid menjelaskan prosedur memerlukan individu yang ingin sertai semula Umno kemuka surat rasmi ke ibu pejabat parti, dan semua keputusan berkaitan perkara itu akan dirujuk dan diputuskan oleh MKT.

Media memetik surat penggantungan itu melaporkan Hishamuddin digantung kerana tindakan melanggar fasal 20.9 perlembagaan parti, tanpa butiran lanjut.

Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong dilapor berkata beliau enggan merayu kerana tidak mengetahui sebab keahliannya digantung.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.