MB sedia hantar surat saman kepada Badrul Hisham

MB sedia hantar surat saman kepada Badrul Hisham

Amirudin Shari berkata beliau dalam 'proses pengurusan kes saman fitnah' terhadap Badrul Hisham Shaharin.

Menteri Besar Amirudin Shari percaya Badrul Hisham cuba bina persepsi naratif buruk kepada kerajaan Selangor.
PETALING JAYA:
Menteri Besar Amirudin Shari sedia menghantar surat saman kepada aktivis Badrul Hisham Shaharin berhubung dakwaan berkait kelulusan penjualan tanah.

Amirudin menyangkal dakwaan Badrul, dan menambah beliau dalam “proses pengurusan kes saman fitnah” terhadap aktivis itu.

“Saya nampak dia cuba bina persepsi naratif buruk kepada kerajaan Selangor,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Harakahdaily pada Sabtu melaporkan Badrul membuat suatu laporan di IPD Dang Wangi berhubung dakwaan penyelewengan kelulusan tanah di Selangor.

Badrul dilapor menyerahkan kepada polis satu dokumen surat, yang didakwanya bahawa kerajaan Selangor memberikan sebanyak 100.04 ekar tanah di Dengkil kepada syarikat, Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd, menurut media PAS itu.

Sebelum ini, Pejabat Menteri Besar Selangor berkata ia sedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung tuduhan Badrul.

Dalam pada itu, Amirudin berkata Landasan Lumayan Berjaya sudah bertindak awal menyaman Badrul lebih seminggu lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.