Pemuda Umno akan lapor polis kenyataan ‘amat keterlaluan’ di media sosial

Pemuda Umno akan lapor polis kenyataan ‘amat keterlaluan’ di media sosial

Pemuda Umno akan buat laporan berkenaan kenyataan dikatakan 'cuba memfitnah seolah-olah Agong tidak meletakkan agama di tempat pertama'.

Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, mahu laporan polis dibuat berkenaan ‘tuduhan melampau’ seorang individu di media sosial. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Pemuda Umno akan buat laporan polis malam ini berkenaan suatu catatan di media sosial yang dianggap sebagai penghinaan pada institusi raja.

Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh berkata kenyataan pengguna terbabit amat keterlaluan “apabila cuba memfitnah seolah-olah Agong tidak meletakkan agama di tempat pertama”.

“Ini adalah satu penghinaan pada institusi raja selaku ketua umat Islam,” katanya di Facebook.

Akmal turut memuatnaik gambar catatan yang diperkatakan itu.

“Saya telah minta kepimpinan Pemuda Umno Johor untuk membuat laporan polis atas tuduhan melampau yang telah dilemparkan oleh individu ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.