Bendahari Pemuda BN direhatkan berhubung ‘hal peribadi’

Bendahari Pemuda BN direhatkan berhubung ‘hal peribadi’

Menurut Pemuda Umno, lebih wajar dan profesional agar Shahrul Nasrun Kamarudin selesai sendiri hal peribadinya dengan penuh hemah.

Shahrul Nasrun Kamarudin
Pemuda Umno berkata, hal peribadi Bendahari Pemuda BN Shahrul Nasrun Kamarudin tiada kaitan dengan kegiatan parti. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Pemuda Umno mengesahkan Bendahari Pemuda Barisan Nasional (BN) Shahrul Nasrun Kamarudin telah direhatkan daripada tugasnya susulan kontroversi membabitkan bekas isterinya.

Setiausaha Pemuda Umno Hafiz Ariffin berkata, arahan agar Shahrul direhatkan berkuat kuasa serta-merta.

“Memandangkan ini hal peribadi, lebih wajar dan profesional untuk beliau selesaikannya sendiri.

“Parti pandang serius hal yang berlaku dan harap beliau dan bekas isteri dapat selesaikan dengan hemah,” katanya kepada FMT, menegaskan perkara ini tiada kaitan dengan kegiatan parti.

Media sosial baru-baru ini kecoh susulan dakwaan dibuat bekas isteri Shahrul, seorang usahawan dikenali sebagai Datin Amyera, yang berkongsi beberapa dakwaan di Instagram mengenai perkahwinan mereka.

Sebagai respons, Shahrul mengeluarkan kenyataan di Instagram semalam, menyatakan beliau tidak mahu terbabit dalam sebarang perbahasan umum mengenai kehidupan peribadinya.

Beliau mengesahkan bercerai secara sah pada 30 Julai 2024 dan kesal perkara peribadi itu menjadi tontonan umum.

Katanya, isu itu ‘telah mencemarkan maruah banyak pihak, termasuk saya, keluarga dan tunang saya yang langsung tidak terbabit’

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.