
Zakri Hassan (PN-Kangar) berkata, KPM melalui menteri perlu berusaha lebih gigih bagi menyeimbangkan kurikulum, teknologi dan kemanusiaan.
“Teknologi bergerak sepantas kilat seperti AI. Manakala soalan keagamaan kemanusiaan lebih bersifat statistik.
“Jika kita terlalu mengejar teknologi, kita akan ketinggalan perkara berkaitan kerohanian dan keagamaan. Akhirnya murid kita dikuasai oleh aliran sekularisme dan teknologi dan meninggalkan aliran kemanusiaan dan keagamaan,” katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 di Dewan Rakyat.
Ogos lalu, Zakri memberitahu Dewan Rakyat sekolah agama mengatasi sekolah kebangsaan, lalu mencadangkan kerajaan membina lebih banyak sekolah agama untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada ibu bapa.
Wakil rakyat Bersatu berkata, ramai ibu bapa menghantar anak ke sekolah Islam berdasarkan keputusan akademik dan pengajaran holistik, bagaimanapun hanya pelajar berprestasi tinggi diterima, manakala mereka yang tidak cemerlang dipindahkan ke sekolah sekular.
Zakri yang juga bekas guru berkata, sekolah agama dan sekolah awam menggunakan sukatan pelajaran sama ‘tetapi sekolah agama lebih menekankan pembangunan pelajar, termasuk bagaimana menjadi warganegara yang jujur’.