Pemandu, penumpang cedera ‘aksi himpit’ di Karak

Pemandu, penumpang cedera ‘aksi himpit’ di Karak

Polis berkata dua mangsa menaiki Proton Waja terbabas dalam aksi himpit-menghimpit di Lebuhraya Karak.

Tangkap layar video tular ,menunjukkan dua kereta saling berhimpit sebelum Proton Waja terbabas lalu terbalik dipercayai bergesel dengan Honda City.
PETALING JAYA:
Pemandu dan penumpang Proton Waja cedera apabila kereta dinaiki terbabas dan terbalik di KM49.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, semalam, selepas terbabit “aksi himpit-menghimpit” dengan Honda City.

Dalam video tular, kedua-dua kenderaan itu saling himpit-menghimpit sebelum pemandu Proton Waja gagal mengawal kenderaan.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Mohd Nasri Omar, berkata kereta mangsa terbabas dari Kuantan menuju Kedah.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira 10.15 pagi, dengan Honda City dalam perjalanan dari Temerloh menuju Shah Alam.

“Setibanya di lokasi kejadian, Honda City dipercayai menghimpit dan menekan brek sehingga menyebabkan pemandu Proton Waja gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas.

“Akibat kejadian, pemandu dan penumpang Proton Waja berusia antara 30-an hingga 50-an cedera pada kepala dan tangan,” katanya menurut Berita Harian.

Nasri berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.