
LIMA: Sekurang-kurangnya 37 maut, manakala beberapa lagi cedera pada Rabu apabila sebuah bas antara wilayah terbabas sebelum terjunam ke gaung di Wilayah Arequipa, selatan Peru, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan.
Radio Programas del Peru melaporkan kemalangan itu berlaku di Lebuhraya Pan-Amerika Selatan selepas bas itu bertembung sebuah lori sebelum terjunam ke gaung.
Pasukan bomba, polis dan penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa cedera dan menghantar mereka ke hospital berhampiran.
Pihak berkuasa melancarkan siasatan berhubung nahas itu.