Tokoh wartawan Rejal Arbee meninggal dunia

Tokoh wartawan Rejal Arbee meninggal dunia

Isteri Allahyarham, Noraini Shariff mengesahkan pemergiannya pada 2 pagi tadi.

Ahmad Rejal Arbee, 84, merupakan bekas ketua pengarang Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dan bekas pengarang Kumpulan Berita Harian. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Tokoh Wartawan Negara 2014 Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan isteri Allahyarham Noraini Shariff.

“Innalilahi wainna ilaihi rojiun. Suami saya Ahmad Rejal Arbee telah kembali ke rahmatullah sekejap tadi pada 2 pagi,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas ketua pengarang Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dan bekas pengarang Kumpulan Berita Harian.

Allahyarham mula berkhidmat dengan Bernama sejak 1969 sebagai pemberita kanan sebelum ke Jakarta, Indonesia sekali gus menjadi pewarta luar negeri pertama agensi berita itu pada 1973.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.