Keputusan STAM 26 Mac

Keputusan STAM 26 Mac

Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan itu dari sekolah masing-masing mulai 10 pagi.

Sebanyak 4,058 calon mendaftar menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun lalu di 131 pusat peperiksaan seluruh negara. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada 26 Mac ini , demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 4,058 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM tahun lalu di 131 pusat peperiksaan seluruh negara.

Menurut KPM, calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan itu dari sekolah masing-masing mulai 10 pagi pada tarikh berkenaan.

Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Selain itu, calon sekolah dan persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui dalam talian menerusi pautan myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan bermula 10 pagi pada 26 Mac hingga 6 petang 1 April.

Selain itu, semakan juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang akan diaktifkan dari 10 pagi 26 Mac hingga 6 petang 1 April, untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.