
Menurut Sinar Harian, Agoes meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur. Jenazah disembahyangkan selepas solat Jumaat tadi di Masjid Jamilul Huda di Ampang.
Anak lelakinya, Omar Salim berkata jenazah bapanya akan dibawa ke Port Dickson, Negeri Sembilan, untuk dikebumikan.
“Beliau merupakan Bapa Rukun Negara banyak menyumbang kepada negara semasa zaman Abdul Razak Hussein (perdana menteri Malaysia kedua),” katanya yang dipetik sebagai berkata.
Agoes yang terkenal dengan sumbangan beliau dalam penggubalan doktrin-doktrin utama negara seperti Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) menjadi tokoh penting dalam perjalanan pembangunan Malaysia.
Beliau adalah seorang ahli ekonomi dan ketua setiausaha pertama di Kementerian Perpaduan Negara.
Agoes juga merupakan bekas pengerusi Bank Pertanian.