Tak puas hati urusan abu mayat, pekerja krematorium dipukul waris

Tak puas hati urusan abu mayat, pekerja krematorium dipukul waris

Polis berkata, seorang suspek 40-an direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, mangsa dikatakan pengsan selepas dipukul suspek dan rakan sekerja membawanya ke Hospital Pulau Pinang untuk menjalani pembedahan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang pekerja krematorium di Batu Gantung, George Town, cedera di kepala dipercayai dipukul keluarga si mati menggunakan kayu semalam.

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, mangsa 45 tahun itu dikatakan pengsan selepas dipukul suspek, sebelum rakan sekerja membawanya ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan terpaksa menjalani pembedahan.

Difahamkan, lelaki itu dipukul selepas didakwa tidak mematuhi arahan keluarga si mati dalam proses menguruskan abu mayat ibu mereka.

Ketua Polis Timur Laut, Razlam Ab Hamid mengesahkan seorang suspek berusia 40-an direman tiga hari sehingga 4 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Mangsa pula masih menerima rawatan di HPP,” katanya menurut Harian Metro.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.