Disyaki terima rasuah tiket penerbangan ke Bangkok, 2 pengurus IT ditahan

Disyaki terima rasuah tiket penerbangan ke Bangkok, 2 pengurus IT ditahan

Suspek juga didakwa menerima rasuah penginapan di Bangkok dari sebuah syarikat sebagai balasan tidak mengganggu kontrak dengan sebuah bank.

Suspek warga tempatan itu ditahan antara pukul 10 hingga 11 malam tadi menerusi satu operasi dijalankan di sekitar Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pengurus syarikat teknologi maklumat (IT) kerana disyaki menerima rasuah berupa tiket penerbangan dan penginapan di Bangkok, Thailand dianggarkan berjumlah RM3,000.

Sumber SPRM memaklumkan kedua-dua suspek lelaki warga tempatan itu ditahan antara pukul 10 hingga 11 malam tadi menerusi satu operasi yang dijalankan di sekitar Kuala Lumpur.

Beliau berkata kedua-dua suspek dipercayai melakukan kesalahan tersebut pada tahun 2023 dan menerima suapan daripada sebuah syarikat sebagai balasan agar tidak mengganggu perjalanan kontrak syarikat tersebut dengan sebuah bank.

Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mohamad Fauzi Husin@Che Mamat ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009. Kedua-dua suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.