Warga emas lumpuh ditemu rentung dekat pintu bilik

Warga emas lumpuh ditemu rentung dekat pintu bilik

Mangsa berusia 90 tahun maut dalam kebakaran di sebuah rumah kedai di Manjung.

Bomba menemukan mayat warga emas itu dalam keadaan rentung selepas hampir empat jam dalam operasi pemadaman. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Warga emas lumpuh rentung dalam kebakaran di sebuah rumah kedai di Kampung Baru, Ayer Tawar, Manjung malam tadi.

Mangsa, Loo Leng Wion, 90, ditemukan oleh anggota penyelamat selepas hampir empat jam operasi pemadaman.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Perak Sabarodzi Nor Ahmad, berkata anggota dari Balai Bomba Ayer Tawar dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan, pada 11.41 malam.

“Setibanya jentera di lokasi, didapati kebakaran membabitkan kedai dua tingkat. Kebakaran dianggarkan kira-kira 70%.

“Seorang mangsa dijumpai pada 3.35 pagi berdekatan dengan pintu bilik di tingkat atas dan disahkan maut oleh pegawai kesihatan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya menurut Harian Metro.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.