Lorong Haji Taib kini bersih aktiviti tak sihat, kata polis

Lorong Haji Taib kini bersih aktiviti tak sihat, kata polis

Kawasan itu yang dipenuhi aktiviti tawaran khidmat seks, penjualan dan penagihan dadah kini berubah kepada aktiviti perniagaan lewat malam.

Allaudeen Abdul Majid (kanan) beramah mesra dengan peniaga ketika melakukan tinjauan di sekitar Lorong Haji Taib malam tadi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kawasan sekitar Lorong Haji Taib di Jalan Chow Kit yang dipenuhi aktiviti tidak sihat dahulu, sudah berubah kepada aktiviti perniagaan lewat malam, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Allaudeen Abdul Majid.

Katanya keadaan di Chow Kit, terutama kawasan Lorong Haji Taib jauh berbeza dengan lima tahun lalu.

“Kini, kita tidak melihat lagi tawaran perkhidmatan seks, pengedaran dan penagihan dadah serta kebanjiran lelaki berpakaian wanita.

“Semua aktiviti tidak sihat ini sudah dibersihkan, hasil kerjasama Polis Kuala Lumpur dan agensi penguatkuasaan kerajaan berkaitan, termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kewujudan Balai Polis Chow Kit di kawasan ini berperanan penting dalam memastikan kegiatan tidak sihat dapat dibanteras,” katanya menurut Berita Harian ketika meninjau kawasan itu malam tadi.

Allaudeen turut menafikan dakwaan badan bukan kerajaan (NGO) tertentu berhubung Jalan Chow Kit dipenuhi aktiviti tidak bermoral.

“Malam ini (tadi), kita lihat aktiviti perniagaan dapat mengubah keadaan, berbanding dahulu Chow Kit pernah digelar kawasan berbahaya,” katanya merujuk setiap lorong di kawasan itu yang kini menjual pakaian, jam tangan, buah-buahan, kasut dan kosmetik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.