Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Pahang kekal

Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Pahang kekal

Seramai 26 orang daripada tujuh keluarga di Kelantan ditempatkan di PPS manakala di Pahang pula melibatkan 22 orang.

Jumlah mangsa banjir yang direkodkan di Kelantan dan Pahang tidak menunjukkan perubahan sejak tengah malam tadi, kata Nadma. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Jumlah mangsa banjir yang direkodkan di Kelantan dan Pahang tidak berubah sejak tengah malam tadi, melibatkan 48 mangsa daripada 13 keluarga yang masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 6 pagi tadi.

Menurut laporan terkini situasi banjir di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), jumlah mangsa banjir di Kelantan kekal 26 orang daripada tujuh keluarga yang ditempatkan di PPS Pasir Mas.

Trend sama turut direkodkan di dua lokaliti di Pahang, dengan jumlah mangsa banjir kekal 12 orang daripada tiga keluarga masih berlindung di PPS Maran, manakala 10 mangsa daripada tiga keluarga berada di PPS Temerloh.

Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati tiga sungai berada pada paras bahaya melibatkan Sungai Pulai di Johor Bahru, Sungai Golok di Tanah Merah (Kelantan) dan Sungai Arau (Perlis).

Laporan itu turut memaklumkan beberapa jalan ditutup akibat kerosakan antaranya Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu dan Jalan Sungai Sam ke Dabong di Jeli, Kelantan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.