Kutipan hasil Pahang lebih RM1 bilion 4 tahun berturutan

Kutipan hasil Pahang lebih RM1 bilion 4 tahun berturutan

Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail yakin kutipan hasil Pahang hingga hujung tahun ini akan melebihi jumlah itu.

wan rosdy
Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail berjanji hasil itu akan dikembalikan semula kepada rakyat. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kerajaan Pahang mengulangi kutipan hasil melebihi RM1 bilion tahun ini, kejayaan empat tahun berturut-turut sejak 2022.

Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, berkata kutipan hasil kerajaan negeri sudah mencapai sasaran itu.

“Saya yakin kutipan hasil negeri keseluruhan akan lebih daripada itu sehingga hujung tahun ini,” katanya menurut Sinar Harian pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Visit Malaysia 2026-Pahang First di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

Beliau berterima kasih kepada semua pihak, khasnya penjawat awam, barisan kepimpinan kerajaan dan rakyat, termasuk pembayar cukai yang menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan penuh berdedikasi.

Wan Rosdy berjanji hasil itu akan dikembalikan semula kepada rakyat.

Beliau turut mengulangi jaminan jika kutipan hasil mencapai RM1.6 bilion tahun ini, kerajaan Pahang sedia memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri.

“Jika sebaliknya, saya tetap bagi jaminan bila dah capai RM1 bilion ini, bayaran tidak kurang dari tahun sebelumnya, 1.5 bulan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.