
Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, pihaknya juga turut menawarkan penggantian kad debit dan kad kredit tanpa sebarang bayaran kepada pelanggan yang terjejas dengan bencana itu.
“Kami amat prihatin terhadap kesulitan yang dihadapi pelanggan termasuk individu serta perniagaan dan berharap bantuan khas banjir ini dapat memberi kelegaan kepada mereka yang terlibat.
“Sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang sentiasa komited menyediakan kehidupan lebih Baik, bersama pelanggan, kami bertanggungjawab memainkan peranan penting dalam menyokong dan membantu komuniti menempuhi waktu getir ini,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, pelanggan yang menghadapi kesulitan kewangan berikutan bencana banjir itu boleh memohon bantuan khas tersebut dengan memuat turun borang permohonan yang tersedia di laman sesawang Bank Muamalat di www.muamalat.com.my dan menghantar dokumen sokongan yang berkaitan menerusi emel [email protected].
Menurutnya, langkah proaktif juga akan diambil bagi memastikan proses dokumentasi dan kelulusan permohonan dipermudahkan.