
Beliau memuji kejayaan kerajaan meredakan inflasi dan mengurangkan kadar pengangguran walaupun berdepan turun naik nilai ringgit.
“Suku ke suku pertumbuhan ekonomi kita menaik, jadi ini dari segi makronya baik. Sekarang cabarannya bagaimana kita nak menzahirkan dan terjemahkan pencapaian-pencapaian ekonomi ini kepada peringkat yang lebih mikro.
“Bagaimana ia secara langsung ataupun tidak langsung memberi kesan baik kepada terutama sekali kebajikan rakyat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kongres Pemuda PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Adam yakin kerangka ekonomi Madani akan mendepani cabaran itu, selain fokus kepada usaha menyahkan kemiskinan tegar.
“…erti kata lain kita sudahpun letak satu matlamat yang jelas berpaksikan kepada kepentingan rakyat, bukan sahaja projek besar,” katanya.