
PETALING JAYA: Bekas vokalis kumpulan Jinbara, Shamsul Bakhtiar Zakaria atau Tia yang disahkan menghidap barah hati meninggal dunia kira-kira 9.17 malam ini di Hospital Shah Alam.
Perkara itu disahkan isterinya Suzan Ahmad.
“Ya betul, suami saya baru meninggal dunia sebentar tadi kerana penyakit kanser hati.
“Bagaimanapun saya tak boleh bercerita lanjut kerana sedang menguruskan jenazah suami,” katanya menurut Harian Metro.
Tia, 53, disahkan menghidap barah hati dan menerima rawatan di HSA.
Dia dimasukkan ke hospital Rabu lalu selepas mengadu sakit perut.
Selepas menjalani pelbagai pemeriksaan termasuk ujian imbasan sinar-X, kolonoskopi dan yang terakhir CT Scan, barulah doktor mengesahkan ada ketumbuhan pada hati iaitu barah.