Bapa ditahan rogol anak hingga hamil

Bapa ditahan rogol anak hingga hamil

Polis berkata mangsa 17 tahun itu mendakwa dirogol bapanya sejak berusia enam tahun.

Lelaki tempatan berusia 41 tahun itu direman tujuh hari sehingga 4 Nov ini bagi membantu siasatan polis.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki merogol anak perempuan sehingga mengandung di sebuah kampung di Muar, Johor.

Ketua Polis Muar Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata mangsa 17 tahun yang masih bersekolah itu membuat laporan semalam mendakwa dirogol bapanya sejak berusia enam tahun.

“Mangsa membuat aduan telah dirogol bapanya tanpa kerelaan. Mangsa yang merupakan wanita tempatan mendapati dirinya mengandung hasil ujian saringan air kencing.

“Susulan itu, warga tempatan berumur 41 tahun itu ditangkap polis,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata suspek direman tujuh hari sehingga 4 Nov ini bagi membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.