
Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat berkata, pihaknya menerima maklumat orang awam pada 1.08 pagi tadi.
“Kejadian dipercayai berlaku lebih kurang 12.45 malam hingga 1.08 pagi tadi.
“Siasatan mendapati mangsa merupakan warga tempatan berusia 24 tahun dan dikesan mempunyai beberapa kesan tetakan di kepala, bahu, punggung, tangan dan pergelangan tangan,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, polis giat mengesan lapan suspek lelaki tempatan menaiki Perodua Viva putih dan Toyota Vios hijau dipercayai terbabit dalam kes itu.
Katanya, punca pergaduhan masih disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau meminta orang awam mempunyai maklumat kejadian menghubungi talian hotline IPD Johor Bahru Selatan 07-2182323 atau pegawai penyiasat kanan Kong Hock Peng 019-7308888.