
Difahamkan, suapan itu sebagai balasan bagi membantu pemilik syarikat mendapatkan projek penyelenggaraan dan naik taraf sekolah bernilai kira-kira RM70,000.
Menurut sumber, suspek berusia lingkungan 40 dan 50-an itu ditahan secara berasingan di pejabat SPRM Perak ketika hadir memberi keterangan.
“Suspek pertama ditahan kira-kira 2.30 petang semalam manakala suspek kedua pula ditahan kira-kira 1.30 pagi tadi kerana disyaki bersubahat dengan suspek pertama.
“Kedua-dua mereka juga dipercayai meminta rasuah daripada beberapa pihak berkaitan projek lain bagi membantu mendapatkan tawaran kerja dikeluarkan jabatan berkenaan,” katanya menurut Berita Harian.
Pengarah SPRM Perak Ahmad Sabri Mohamed yang dihubungi, mengesahkan penahanan mereka.
Katanya, SPRM memohon perintah reman di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini dan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus membenarkan reman selama lima hari hingga 25 Okt.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya.