Jangan bebankan ahli jawab salah laku, wakil rakyat PAS diberitahu

Jangan bebankan ahli jawab salah laku, wakil rakyat PAS diberitahu

Wakil Pemuda PAS Johor berkata rakyat sedang melihat siapa yang boleh dipercayai untuk memerintah negara.

Perwakilan Pemuda PAS Johor mahu wakil rakyat parti itu sentiasa mengeluarkan kata-kata baik.
SHAH ALAM:
Semua wakil rakyat PAS diingatkan menjaga tingkah laku dan nama baik jemaah supaya tidak membebankan ahlinya untuk “menjawab” semula kepada rakyat.

Membuat gesaan itu, perwakilan Pemuda PAS Johor Mohd Azlan Alias menegaskan Ahli Parlimen dan Adun daripada parti berkenaan sepatutnya menjadi contoh serta ikutan ahli.

“Jangan membebankan orang bawah, ahli nak jawab kepada orang awam terhadap tindakan YB yang telah pun melanggar etika jemaah

“Keluarkan kata-kata baik, sebab yang melihat itu bukan semuanya ahli PAS, tetapi rakyat Malaysia yang sedang menantikan ingin melihat siapakah yang mampu untuk diberikan kepercayaan memerintah negara Malaysia,” katanya semasa perbahasan pada Muktamar Pemuda PAS.

Berkaitan pembentukan kerjasama antara negeri PN di bawah “state-government 4” atau SG4, Mohd Azlan menggesa agar kepimpinan parti menunjukkan pentadbiran yang baik, supaya dapat mempengaruhi pengundi di negeri lain.

“Pastikan SG4 ini dapat dirasai oleh negeri yang belum kita tadbir, sebab daripada SG4 ini boleh berjangkit sekiranya SG4 ini berjaya,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.