Pemandu rentung, kereta terbakar langgar pembahagi tol

Pemandu rentung, kereta terbakar langgar pembahagi tol

Kereta dipandu mangsa terbakar selepas melanggar pembahagi tol di Plaza Tol Sitiawan, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat.

Bomba berkata kejadian berlaku apabila kereta dipandu mangsa melanggar pembahagi tol di Plaza Tol Sitiawan, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat sebelum terbakar pada lewat malam tadi. (Gambar JBPM)
IPOH:
Seorang pemandu maut apabila kenderaan yang dipandunya terbakar selepas melanggar pembahagi tol dalam kejadian di Plaza Tol Sitiawan, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) lewat malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata bomba menerima panggilan jam 11.25 malam dan setibanya jentera di lokasi kejadian, sebuah kereta Toyota SE didapati sedang terbakar.

“Seorang mangsa terperangkap di dalam kenderaan dan disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mangsa yang rentung dan tidak dikenali telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.