
Pengerusi Abang Johari Openg berkata GPS mahu memastikan individu yang bakal mewakili gabungan itu bersih daripada rekod jenayah dan rasuah, dan beberapa orang dikenal pasti sebagai berpotensi menjadi calon.
“Senarai nama ini sedang disaring oleh polis dan SPRM. Kita perlu dapatkan calon yang baik dan bersih, itu prosedur biasa,” katanya menurut Bernama, selepas Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Bintulu.
Beliau berkata beberapa faktor seperti umur dan komposisi pengundi di DUN Jepak perlu diambil kira sebelum GPS memuktamadkan calon yang layak bertanding.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 4 Nov manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 21 dan 31 Okt.
PRK DUN Jepak diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Talib Zulpilip pada 15 Sept lepas.