
Unit Komunikasi Awam Sarawak menerusi suatu infografik di Facebook melaporkan calon GPS, Iskandar Turkee, mengungguli persaingan tiga penjuru dengan majoriti 8,784 undi.
Beliau meraih 9,638 undi untuk menewaskan calon Parti Bumi Kenyalang (854 undi) dan Aspirasi (431 undi).
Peratusan keluar mengundi dilaporkan 48.57%.
Kemenangan GPS dalam jangkaan para penganalisis, yang turut meramalkan majoriti lebih kuat berbanding pada PRN 2021.
Pada PRN lalu, GPS memperoleh majoriti 4,243 undi, selepas menewaskan Parti Sarawak Bersatu, PBK, dan calon bebas.
PRK Jepak diadakan susulan kematian wakil rakyat enam penggalnya, Talib Zulpilip, pada 15 Sept.