GPS pilih bekas pengarah AADK Sarawak tanding PRK Jepak

GPS pilih bekas pengarah AADK Sarawak tanding PRK Jepak

Selain Iskandar Turkee, dua calon lain akan bertanding dalam PRK Jepak ialah Stevenson Joseph Sumbang daripada Parti Bumi Kenyalang dan Chieng Lea Phing mewakili Parti Aspirasi Rakyat Sarawak.

Abang Johari Openg menyerahkan watikah pelantikan kepada Iskandar Turkee di sebuah hotel di Bintulu hari ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Bekas pengarah Agensi Antidadah Sarawak, Iskandar Turkee dinamakan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi PRK Jepak pada 4 Nov ini.

Borneo Post melaporkan Pengerusi GPS, Abang Johari Openg membuat pengumuman itu dan menyerahkan watikah pelantikan calon kepada Iskandar di sebuah hotel di Bintulu petang ini.

Setakat ini, tiga individu disahkan akan bertanding dalam PRK Jepak, dengan penamaan calon akan diadakan Sabtu ini. Mereka ialah Iskandar, Stevenson Joseph Sumbang dari Parti Bumi Kenyalang dan ahli perniagaan Chieng Lea Phing mewakili Parti Aspirasi Rakyat Sarawak.

PRK Jepak diadakan susulan kematian penyandang Talib Zulpilip pada 15 Sept lalu.

Seramai 22,804 pemilih berdaftar merangkumi 22,761 pengundi biasa dan 43 anggota polis layak mengundi dalam PRK Jepak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.